Bisnes Shaklee ibarat Petani
- Amira Ashikin (SID 962557)
- Apr 6, 2015
- 2 min read

Menjalankan Bisnes Shaklee ini, ibaratnya kita seperti petani. Perlu kita sediakan tanah yang subur, biar kecil kawasannya tetapi tanahnya haruslah subur supaya benih yang kita semai, dapat hidup dengan bugarnya. .
Dalam seratus anak benih yang kita semai, mungkin 1 sahaja yang tumbuh subur, separuh darinya mungkin hidup sekadar cukup-cukup makan dan sebahagian darinya mungkin hidup segan tetapi mati tidak mahu. .
Bertani memerlukan USAHA yang KERAS, perlu ada SUSAH dan PAYAH nya. Perlu mencurah keringat darah untuk mendapatkan hasil ladang yang subur. Bertani bukan sekadar mencampakkan benih dan membiarkan benih berjuang hidup dengan sendiri, ada masa ditimpa hujan lebat ada benih yang akan tumbang rebah, ada masa terkena panahan mentari panas, ada benih yang mati kelayuan. Bertani perlu ada ilmunya, begitu juga dengan menjalankan perniagaan Shaklee. Pengalaman akan sentiasa kita kutip dalam menjalankan bisnes ini. .
Andai TIADA apa yang tumbuh diladang kita, lihatlah diri kita. Adakah kita menyuburkan benih "DIRI"? Anda di katakan Petani Sejati, bagaimanakah karakternya? bagaimana jiwanya? Begitu juga bila kita mengatakan diri kita Pengedar Shaklee sejati, di mana karakter 'SEJATI' nya.. adakah luar dan dalam telah kita 'Shaklee-kan'? atau kita masih bangga mengatakan kita SID sejati tetapi dengan bangga menayang kehidupan yang kontra. Cukup mulakan dengan meng-SHAKLEE-an diri, kemudian seisi rumah dan mulakan dengan berkongsi apa yang telah kita rasakan. .
Melihat 5 tahun perjalanan Shaklee, boleh saya melihat sekilas mereka yang berjaya adalah cinta dan minat mereka pada produk, syarikat yang amat mendalam. Biar apa pun perniagaan yang kita lakukan, tanpa CINTA dan MINAT, kita mudah terkulai layu di pertengahan perjuangan. Mulakan dari DIRI anda, dan anda akan melihat bagaimana kuasa tarikan itu datang mengejar anda ")
credit to master iffah anuar
Nak join team Sapphire sila hubungi dengan cara berikut:

Comments