Hypnobirthing. Teknik Bersalin Tanpa Sakit
- Amira Ashikin (SID 962557)
- May 6, 2015
- 3 min read

Berbanding dengan kelahiran yang lalu, sepanjang mengandung kali kedua ini aku banyak menggali ilmu-ilmu berkaitan bersalin. Pengalaman pertama cukup serik buatku. Semua takdirku serahkan bulat-bulat kepada nurse dan doktor. Maklumlah bak kata orang tiada pengalaman bersalin dan sangkaanku bersalin itu mesti sakit, mesti macam nak putus nyawa dan mesti trauma.
.
Aku cuba google mana lah tahu ada cara bersalin yang kurang sakit. Oh ya, bersalin yang pertama aku di-induce. Jadi pada yang pernah merasa induce boleh bayangkan bagaimana sakitnya contraction tanpa henti sehinggalah tiba waktu meneran.
.
Akhirnya aku terjumpa pasal hypnobirthing dalam blog seseorang, aku pun dah tak ingat. Dalam entri tu dia mencadangkan untuk dapatkan buku Hypnobirthing: The Morgan method. Daripada buku ini aku pelajari tentang teknik breathing(pernafasan).
3 Jenis Teknik Breathing
Sleep breathing
Tarik nafas 1-10 dan lepaskan dalam kiraan 10-1. Ini bertujuan untuk supply oksigen yang cukup kepada baby. Jika kita tidak bernafas dengan betul, kita akan jadi gelabah dan takut. Jadi cuba bertenang bila contraction datang.
Baloon breathing
Tarik nafas dalam dengan kiraan 1-20. Bayangkan perut kita seperti belon, tiup sampai belon tu besar dan hembuskan ke dalam. Bukan keluar melalui mulut, tetapi lepaskan kedalam belakang tekak kita seperti dalam keadaaan berdehem. Hembus ke dalam smbil menutup mulut. Dengar sound of the breath. Dengar pernafasan sendiri macam senaman Yoga.
Bila surge datang, hembus dengan kiraan 1-20. Tangan, bahu, badan semua mesti rileks. JANGAN genggam tangan, menahan nafas, keraskan badan (fight-fight, freeze). Ini akan membuatkan vagina kita lebih ketat dan seterusnya melambatkan bukaan dan melambatkan kelahiran.
Fikirkan LET IT GO! LET IT GO!. Jangan fokuskan surge itu, tapi fokuskan pada pernafasan. Kalau boleh tidak perlu tengok jam nanti akan mengganggu fokus.
Facial expression: muka jangan berkerut. Rahang kita ada kaitan dengan pembukaan serviks kita. Buat muka ketat, serviks kita pun akan mengetat. Muka senyum.
Bila surge tu datang, aku akan tarik nafas dalam2, dan menggerakkan kepala ku kiri dan kanan, tangan letak kat sisi. Kaki luruskan. Badan bersandar ke dinding sambil membaca dalam hati affirmation.
My body is strong! i am strong mother! My baby is good!
Birth breathing
Tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 1-20 dan lepaskan kedalam dengan menutup mulut, bayangkan vagina seperti sekuntum bunga yang kelopaknya terbuka. Latihannya seperti kita membuang air besar dan kita jangan meneran tetapi breath out the shit.Cubalah! pasti tak buasir .
Hypnobirthing memerlukan latihan dan pasti tidak boleh diaplikasi jika kita culas untuk praktikkan setiap hari. Mindset kita bergantung kepada apa yang kita faham tentangnya. Jadi mulakan praktis 2-3 bulan sebelum EDD.
Jangan Takut
Kebanyakan ibu yang bakal bersalin sering dimomokkan dengan pengalaman yang mengerikan, kesakitan yang maha dasyat sampaikan minda kita penuh terisi dengan pengalaman negatif orang sekeliling. Ia akan menimbulkan ketakutan dalam minda sedangkan kesakitan itu boleh dikawal. Apabila ketakutan bersalin timbul, maka tension, stress pun datang. Ia menambahkan lagi kesakitan yang datang dan menghalang hormonEndorphin iaitu hormon yang mengurangkan rasa sakit bersalin. Hormon itu boleh didapati dengan cara senyum ketawa, cerita lawak, seks (selepas klimaks) dan sebagainya. Seks pula menyumbangkan hormon Oxytocin iaitu menggalakkan uterus berkontraksi.
SOALAN YANG KERAP DITANYA
Bagaimana aku menjumpai hypnobirthing ni?
Hasil google dari blog-blog
Website
Gentle birthing
Buku parenting
Siapa yang support aku pasal hypnobirthing?
Suami. Pada mulanya dia pun tak faham ,bila dah selalu bercerita baru lah dia boleh membayangkan. Aku target sakit bersalin dalam masa 4 jam. Tecapai. (4 jam dari active labour hingga bersalin)
Diri sendiri. Kemahuan yang kuat untuk bersalin dalam masa yang singkat .
Apa rahsia tak rasa sakit?
Divert rasa sakit kepada perkara lain dengan visualization dan breathing.
hormon endrorphin – mengurangkan rasa sakit.
Pantang larang hypnobirthing?
dont fight with your body.
Dont freeze. Let it go.
Dont practise last minute. Tak kan jadi. It’s all about mindset
Apakah faedah hypnobirthing?
Minimakan risiko di c-zer.
Memaksimumkan kelahiran secara normal (SVD)
Mengelakkan penglibatan ubat-ubatan seperti induction, epidural dan sebagainya
Mengelakkan episiotomi, selepas bersalin boleh jalan tanpa terkepit-kepit.
Mengurangkan rasa sakit dan trauma selepas bersalin
Melahirkan bayi yang tenang dan rileks kerana ibunya rileks.
credit to http://yusofyaakob.com
コメント