top of page
Search

Kebaikan Doa dan Sedekah

  • Amira Ashikin (SID 962557)
  • Apr 17, 2015
  • 2 min read

sedekah2.jpg

Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi Saw menjawab, “Bekerja dengan ketrampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu bersodaqoh.” Mereka bertanya lagi. "Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: “Menolong orang yang membutuhkan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi Saw menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sodaqoh.” (HR. Bukhari dan Muslim)

"Antara doa dan sedekah.. ALLAH dahulukan hajat org yg bersedekah"

Bila baca ayat di atas, saya terfikir dimana logiknya hajat orang yg bersedekah ni didahulukan. Maka selepas saya bermuhasabah, maka inilah yang dapat saya simpulkan

Ini logiknya hajat yang bersedekah didahulukan

Contoh2 sedekah:

>>Sedekah senyuman. Pagi2 bangun kita senyum. Sepanjang hari pun senyum walau 1001 ujian hidup. Apa yang jadi bila orang tengok kita senyum? Katakan 100 orang yang tengok kita senyum..maknannya 100 orang juga yg doakan kita tanpa mereka sedar. sebab hati mereka sejuk tengok senyuman tu.. Kalau kita tak senyum.masam mencuka jer, tak ker dah rugi sebab kita je yang doakan diri kita. Orang tak doakan

>>Sedekah duit. Contoh kita sedekah kat satu sekolah anak yatim ni contohnya RM50. Katalah ada 50 orang kat sekolah tu. maknanya 10 orang lah jugak yang doakan kita. Or katalah kat sekolah tahfiz ke sekolah anak yatim ke.. ada 500 orang. so maksudnya 500 orang doakan kita.. mana tahu dalam 500 doa tu, ada satu doa yang makbul. Contoh lain sedekah kat kenduri masjid. ada 20orang . maksudnya 20 orang yg doakan kita. Contoh sedekah kat keluarga yang memerlukan, maksudnya seluruh ahli keluarga doakan hajat kita. Dan banyak lagi contoh nak sedekah duit kat mana...

>>Sedekah barang2. Contoh sedekah baju, selimut, makanan kat mangsa banjir. ada 200 orang mangsa banjir. maknanya 200 orang yg doakan kita tanpa kita sedar

>>Sedekah ilmu. Contoh kita ada FB, kita ada blog, kita ada instagram kita ada fan page. Kat situ setiap hari pagi petang kita kongsi maklumat yang bermanfaat. Haa bayangkakn 1000 orang baca, 1000 orang lah jugak yang doakan kita. Sebab tu rajin2 lah kongsikan apa yang kita baca kat medium2 tersebut. Contoh lain, kita mengajar buat kelas untuk anak2 buah kita, haa tu pun kira sedekah. Kalau 50 orang yang hadiri kelas tu, haa 50 orang doakan kita.

Itu yang dimaksudkan dengan Allah dahulukan hajat orang yg bersedekah.

Kalau kita seorang berdoa, kita tak tahu kali ke berapa baru doa tu sampai padaNYA, tapi kalau dalam sehari kita BANYAK BERSEDEKAH, Haa banyangkan berapa ratus, ribu, puluh ribu yang mendoakan hajat kita, mendoakan kebaikan untuk kita. Lagi tinggi kebarangkalian doa, lagi tinggi kebarangkalian akan makbul.InsyaAllah

Di atas hanya empat contoh yang dapat saya tulis buat masa ini. Ada 1001 contoh sedekah lain yang kita boleh amalkan. Pendek kata, apa sahaja KEBAIKAN SETIAP HARI yang kita lakukan, itu adalah sedekah

kad2.jpg

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

CONTACT ME FOR A FREE APPOINTMENT

SUPERVISOR SHAKLEE 962557

AMIRA ASHIKIN ISNI

MOHD YUZAIDI MOHAMAD YUSOF
012-8116075 *Whatssap
miamyashie@gmail.com
FB: Amira Ashikin

Shaklee delivery near Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang, Tuaran, Papar

Follow me:

  • w-facebook
  • w-blogger

© 2015 by SAPPHIRE created with Wix.com

bottom of page